Tayangan Video Pendidikan (Mengenali Jenis Tumbuhan) bersama Kanak- Kanak Tabika KEMAS Kg. Surau
8 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 7 Februari 2024, pihak pengurusan PEDi Kg Surau bersama guru tabika KEMAS telah bekerjasama mengadakan program tayangan video pendidikan (Mengenali Jenis Sayuran) bersama kanak-kanak tabika KEMAS Kg. Surau . Tayangan video yang diadakan di PEDi Kg Surau ini telah disertai oleh 11 orang peserta yang berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan awal kepada kanak-kanak bagaimana tumbesaran tumbuh – tumbuhan berlaku serta mengenali nama sayuran-sayuran. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat membantu pelajar tabika lebih celik ICT serta mengetahui kepentingan untuk tumbesaran tumbuh – tumbuhan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: